Monday, February 2, 2009

RPH PJPK T.4 Minggu 1,2,3, 2009

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 (2009)

Minggu 1

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Hari : Isnin 05 Jan 2009

TINGKATAN 4 K 5

MASA 7.15 – 8.15 ( 40 minit)

TUNJANG PEMBELJARAN ; Pengenalan

UNIT PEMBELAJARAN : Etika danperaturan

SPESIFIKASI : Semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikn jasmani dan Pendidikan Kesihatan

HASIL PEMBELAJARAN: Murid dapat

Mematuhi etika dan peraturan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Menunjukkan sikap yang baik dan bersesuaian dengan pemebelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Aktiviti :

Perbincangan, latihan bertulis

KBKK

Mematuhi peraturan yang ditetapkan

NILAI

Hormat-menghormati
Berfikiran rasional

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 (2009)

Minggu 1

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Hari : Jumat 09 Jan 2009

TINGKATAN 4 K 4

Minggu 2

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Hari : Isnin 12 Jan 2009

TINGKATAN 4 K 5

MASA 7.15 – 8.15 ( 40 minit)

TUNJANG PEMBELJARAN ; Kesihatan Diri dan Keluarga

UNIT PEMBELAJARAN : Kesihatan Diri

SPESIFIKASI : a) Kesenggangan
b) Rehat
HASIL PEMBELAJARAN: Murid dapat
A1 : Menyatakan konsep kesenggangan dan rehat
A2 : Menyenaraikan faedah kesenggangan dan rehat
A3 : Memilih dan merancang aktiviti kesenggangan dan rehat yang sesuai untuk memenuhi keperluan diri sendiri

Aktiviti :Perbincangan, latihan bertulis

KBKK Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

NILAI
1. Bersyukur
2. Menghargai anugerah Tuhan
3. Hormat-menghormati
4. Berfikiran rasional

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 (2009)

Minggu 2

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Hari : Jumat 16 Jan 2009

TINGKATAN 4 K 4

MASA 7.15 – 8.15 ( 40 minit)

TUNJANG PEMBELJARAN ; Kesihatan Diri dan Keluarga

UNIT PEMBELAJARAN : Kesihatan Diri

SPESIFIKASI : a) Kesenggangan
b) Rehat
HASIL PEMBELAJARAN: Murid dapat
A1 : Menyatakan konsep kesenggangan dan rehat
A2 : Menyenaraikan faedah kesenggangan dan rehat
A3 : Memilih dan merancang aktiviti kesenggangan dan rehat yang sesuai untuk memenuhi keperluan diri sendiri

Aktiviti :Perbincangan, latihan bertulis

KBKK Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

NILAI
3. Bersyukur
4. Menghargai anugerah Tuhan
3. Hormat-menghormati
4. Berfikiran rasional

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 (2009)

Minggu 3

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Hari : Isnin 19 Jan 2009

TINGKATAN 4 K 5

MASA 7.15 – 8.15 ( 40 minit)

TUNJANG PEMBELJARAN ; Kecergasan

UNIT PEMBELAJARAN : Daya Tahan Kardiovaskular (DTK)
SPESIFIKASI : Definisi Daya Tahan Kardiovaskular
(1) Aktiviti:
(2) Merentas Desa

HASIL PEMBELAJARAN: Murid dapat:
A1 : Menyenaraikan tiga langkah keselamatan semasa latihan litar atau merentas desa
A2(I) : Menulis dua kriteria pemilihan laluan merentas desa
A2(ii) : Merancang dan mengelola pertandingan merentas desa
A2(iii) Menerangkan dua daripada tugas dalam pengelolaan merentas desa
A3 : Membandingkan persamaan dan perbezaan antara merentas desa dan larian maraton.
Aktiviti :

Perbincangan, latihan bertulis

KBKK:
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

Nilai:
1. Bersyukur
2 Bekerjasama

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4 (2009)

Minggu 3

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Hari : Jumat 23 Jan 2009

TINGKATAN 4 K 4

MASA 7.15 – 8.15 ( 40 minit)

TUNJANG PEMBELJARAN ; Kecergasan

UNIT PEMBELAJARAN : Daya Tahan Kardiovaskular (DTK)
SPESIFIKASI : Definisi Daya Tahan Kardiovaskular
(2) Aktiviti:
(2) Merentas Desa

HASIL PEMBELAJARAN: Murid dapat:
A1 : Menyenaraikan tiga langkah keselamatan semasa latihan litar atau merentas desa
A2(I) : Menulis dua kriteria pemilihan laluan merentas desa
A2(ii) : Merancang dan mengelola pertandingan merentas desa
A2(iii) Menerangkan dua daripada tugas dalam pengelolaan merentas desa
A3 : Membandingkan persamaan dan perbezaan antara merentas desa dan larian maraton.
Aktiviti :

Perbincangan, latihan bertulis

KBKK:
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

Nilai:
2. Bersyukur
2 Bekerjasama

Friday, December 5, 2008

NEGARA kembali bergolak mutakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat. Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka.
Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan.
Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman.
Sama ada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik, ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.
Umno perjuangkan Ketuanan Melayu ?
UMNO pasti sahaja menjadi parti yang lantang bersuara mempertahankan Ketuanan Melayu dengan pelbagai taarif yang mereka cipta sekalipun saling berbeza dan bercanggah antara satu taarif dengan taarif yang dibuat oleh pimpinan UMNO yang lain pula . Seperti mereka juga gagal memahami erti Ketuanan Melayu yang sebenar.
Saya setuju benar untuk menegaskan bahawa selama ini UMNO tidak pernah memahami apakah ertinya Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh mereka . TIdak keterlaluan jika saya sebut bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan masa depan Melayu malah menjadikan Melayu "hamba" di dalam negara sendiri.
Darihal ini saya tidak perlu mem"bebel" panjang kerana ia hanya akan mengambil masa saya . Sedang semua sedia maklum apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap kaum bangsa sendiri.
Tanah Rezab Melayu , Bahasa Melayu , Ekonomi Melayu , Pendidikan Melayu , kuasa politik orang Melayu malah segala milik melayu telah dinodai oleh UMNO dan BN . Lalu bagaimana hari ini mereka mahu bercakap soal Ketuanan Melayu.
Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu
Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal melayu , melayu dan melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu cina, cina dan cina .
Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana cina menjadi cina bukan kerana pilihan mereka.
Justeru itu , bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.
Apabila Kita timbulkan isu ketuanan Melayu , maka cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun , mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut . Tambahan lah kalau melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka, saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" melayu.
Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam . Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat, ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam.
Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim. Tidak mengira apa bangsa ia dicipta, Asy Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah . Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka. Mereka boleh jadi Melayu Muslim , Cina Muslim , India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka.
Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka . Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam.
Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu, maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam, ianya tidaklah mengecewakan mereka .
Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar. sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .
Ketuanan Islam tidak akan menegecewakan Cina, India
Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar. Tidak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.
Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya. Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai.
Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam . Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak.
Paling tidak , menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya , mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam.
Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit.
Berasaskan realiti ini , saya berseru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan.-Hrkh
(Penulis adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS dan tulisan ini dipetik daripada lamen blog beliau)_